Tuesday 24 July 2012

Hadiah Perkahwinan Ahli KSKKM

Sukacita dimaklumkan kepada seluruh ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM), Kelab akan memberikan Hadiah Perkahwinan kepada anggotakerja yang melangsungkan perkahwinan bermula pada Januari 2012. Bagi anggotakerja yang berkahwin dalam tempoh ini dan belum mendapat hadiah perkahwinan adalah layak untuk menerimanya dan perlu memaklumkan kepada wakil kelab cawangan masing-masing.

Dimohon kerjasama wakil daripada setiap KSKKM-Cawangan untuk mengumpulkan maklumat mereka seperti berikut:

i. Nama Anggotakerja
ii. Jawatan
iii. Bahagian/Cawangan
iv. Nama Pasangan Yang Dikahwini.

Sila hantarkan maklumat yang dikumpulkan tersebut kepada Setiausaha Kelab, Encik Razak bin Romlan melalui e-mel (razak@kraftangan.gov.my). Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Salam Ramadhan Al-Mubarak

AJK KSKKM-Induk ingin mengucapkan kepada seluruh anggotakerja yang beragama Islam, Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga bulan yang diberkati ini dapat  kita laksanakan lebih banyak ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bagi ahli yang ingin menyumbangkan dan berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada blog KSKKM dan ahli, bolehlah menghantarkan hasil kreatif anda ke e-mel diana@kraftangan.gov.my. Kerjasama anda adalah dialu-alukan. Terima Kasih.

Thursday 14 June 2012

Ucapan Penghargaan Presiden KSKKM



UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH OLEH PRESIDEN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA (KSKKM-INDUK)

Oleh: Encik Zahir bin Ahmad


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan  Salam Satu Malaysia.

Kemeriahan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke 18 di Kelantan masih lagi terasa walaupun ia telah berlalu pada 3 Jun 2012 yang lepas. Dengan penuh rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Kraftangan,  AJK Induk, Urusetia dan Tuan Rumah, semua peserta dan ahli keluarga yang terlibat kerana menjayakan program ini. 

Yang menang kita raikan, yang kalah diharap tidak berputus asa dan terus berusaha pada masa hadapan. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang sukan dan penerima cabutan bertuah.

Saya mewakili AJK-Induk yang lain memohon maaf sekiranya terdapat sebarang  kekurangan sepanjang majlis ini dilaksanakan. Pihak kami telah pun berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan hampir 500 orang peserta dan keluarga di negeri Kelantan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia bagi sesi 2012/2014 akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Pemilihan tersebut akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Adalah diharapkan AJK baru nanti akan lebih dinamik dan mampu membawa KSKKM ke arah yang lebih cemerlang.

InsyaAllah,

Jika ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh jumpa di Pulau Pinang nanti.

Sekian, terima kasih.

“BADAN SIHAT, SILATURAHIM ERAT”

Wednesday 6 June 2012

Gambar Kenangan PSKM-18 di Kelantan

Pentadbir telah upload sedikit demi sedikit gambar kenangan PSKM-18 di Kelantan. Harap bersabar menantikan gambar-gambar lain di upload. Namun demikian tidak semua gambar akan diupload di sini. AJK akan membuat salinan CD untuk lebih banyak gambar yang dikumpul dan di serahkan kepada seluruh cawangan.

Kepada peserta yang mengambil gambar dan video, bolehlah berkongsi bersama Kelab agar kita sama-sama dapat menikmati kenangan indah semasa berada di sana. Kelab mengucapkan terima kasih kepada yang telah menyerahkan salinan gambar/video untuk koleksi bersama.

Klik di sini untuk melihat Album

Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke 18 di Kelantan Malabuhkan Tirai

Berakhirlah sudah Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke 18 di Kelantan. Malam Penutupan PSKM-18 ini di sambut dengan meriah di PCB. Bertemankan cahaya bulan yang bersinar pada malam itu, peserta di jamu dengan BBQ dan persembahan yang amat menarik oleh setiap Wakil-wakil Negeri. Jika tiada aral melintang, Pesta Sukan seteruskan akan di adakan di Pulau Pinang. Terima kasih kepada AJK Induk, AJK Tuan Rumah dan semua Peserta yang hadir kerana memeriahkan pesta ini dan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi. Tahniah bagi yang memenangi sukan dan hadiah cabutan bertuah. Jumpa lagi di Pulau Pinang.

 AJK KSKKM-Induk bersama En Razis
 Suasana semasa Majlis Penutupan
Suasana semasa Majlis Penutupan

Wednesday 30 May 2012

Perhimpunan Bulanan Kraftangan Malaysia

Bagi peserta yang bertolak daripada ibu pejabat pada 31.5.2012. Anda dikehendaki menghadiri Perhimpunan Bulanan Kraftangan Malaysia Jam 8.15 pagi terlebih dahulu sebelum berangkat ke Kelantan. Kehadiran adalah diwajibkan.

Countdown!

Wah! 2 hari lagi kita akan bertemu di Kelantan. Gembira rasanya ingin berkumpul dengan rakan-rakan kerja dari seluruh negara. Sama-samalah kita berdoa agar perjalanan dan majlis kita di sana diberkati dan di selamatkan oleh Allah S.W.T.

Monday 28 May 2012

Jadual Terkini PSKM-18 sehingga 28 Mei 2012


Jadual terkini sehingga 28 Mei 2012.

Sila klik di sini untuk mendapatkan jadual terkini aktiviti PSKM-18.

Semak Tempat Penginapan Anda

Kepada semua peserta yang akan ke PSKM-18 di Kelantan nanti. Sila semak tempat penginapan dan nombor bilik anda di e-mel yang di hantar oleh KSKKM-Kelantan di E-Mel Rasmi Kraftangan Malaysia. Sekiranya nama anda tertinggal atau ada masalah-masalah lain berkaitan penginapan ini, sila hubungi Tuan Haji Rosdi segera.

Thursday 24 May 2012

Ucapan Aluan Presiden KSKKM-Induk


UCAPAN PRESIDEN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA (KSKKM-INDUK)

Oleh: Encik Zahir bin Ahmad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan  Salam Satu Malaysia

Buat julung kalinya, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) akan menganjurkan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18 yang akan diadakan di Kelantan pada 1, 2, dan 3 Jun 2012.

Tujuan penganjuran PSKM-18 ini adalah untuk mengeratkan  hubungan  silatulrahim dan mewujudkan semangat kerjasama di kalangan anggota kerja baru dan lama samada di peringkat Ibu Pejabat mahupun peringkat Cawangan Negeri-negeri.     PSKM-18 ini juga diharap dapat memupuk sikap supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.

Dengan ini saya menyeru kepada semua ahli KSKKM samada di Ibu Pejabat, IKN, Cawangan Negeri-negeri serta mengalu-alukan Syarikat Pemasaran Karyaneka dan Kraf Holdings Sdn. Bhd. serta keluarga untuk beramai-ramai menyertai Pesta Sukan Kraftangan Malaysia bagi kali ke-18 ini.  Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi pesta sukan yang akan diadakan.

Sekian, terima kasih.

“BADAN SIHAT, SILATULRAHIM ERAT”

Wednesday 23 May 2012

KOD PAKAIAN

Semua peserta dan ahli keluarga yang menghadiri PSKM-18, kod pakaian adalah seperti berikut:
Majlis / Program
Kod pakaian
Majlis Penutup Sukan KSKKM Ke 18 Dan Majlis Penganugerahan Khas Ketua Pengarah PKKM
 Batik Casual
Acara Pantai dan Sukaneka
Pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti
Sukan
Pakaian Sukan dan Kasut Sukan

Tuesday 22 May 2012

Petikan Ucapan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia




ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN  SALAM SATU MALAYSIA

DALAM KESIBUKAN BEKERJA, KITA JUGA PERLU BEREHAT.  PENGURUSAN KRAFTANGAN MALAYSIA MELALUI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA AKAN MENGADAKAN SUKAN TAHUNAN DI KOTA BAHARU, KELANTAN.  TARIKH YANG DICADANGKAN IALAH PADA 1, 2 DAN 3 HARIBULAN JUN 2012.  SEMUA ANGGOTA KERJA ADALAH DIALU-ALUKAN DATANG KE KELANTAN UNTUK MEMERIAHKAN SUKAN TERSEBUT. KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN INDUK DIPERTANGGUNGJAWABKAN MENYELARAS SUKAN TAHUNAN INI. 

TUJUAN PENGANJURANNYA ADALAH UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN KEKITAAN DI SAMPING MENGENALI SATU SAMA LAIN SERTA MEMUPUK SIFAT NILAI-NILAI  MURNI DI KALANGAN SEMUA ANGGOTA KERJA DI PERINGKAT IBU PEJABAT DAN CAWANGAN.  SAYA MENYERU SEMUA BAHAGIAN, CAWANGAN MEMBUAT PERSEDIAAN MENYAMBUT SUKAN YANG DIADAKAN SETAHUN SEKALI.

(petikan ucapan ini di ambil daripada perhimpunan bulanan Kraftangan Malaysia pada 26 April 2012)

Senarai Cadangan Penginapan Persendirian di Kelantan

SENARAI CADANGAN HOTEL UNTUK PENGINAPAN ANGGOTA KERJA DAN KELUARGA SEMPENA SUKAN HUSM KOTA BHARU, KELANTAN
Sebarang penempahan adalah di bawah urusan peserta sendiri. Kos hotel dibawah pembiayaan peserta sendiri dan tidak ditanggung oleh pihak Kelab Induk.




BIL

NAMA HOTEL

ALAMAT

LOKASI

NO. TEL
1
Z & H Inn( Hotel Budget)
Lot 2731,Paya Rambai , Jalan Bayam,15200 Kota Bahru, Kelantan
3 Km dari HUSM,
2 Km dari pusat Bandar. 1Km dari Renaissence Hotel
09- 7486977
2
Crystal Lodge ( Hotel Budget)
124, Jalan Che Su, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Bandar Kota Bharu
09-7470888
3
Dynasty Inn
2865-D & E, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan
Bandar Kota Bharu
09-7461616
4
Juita Premier Hotel
PT 60-64. Jalan Pintu Pong, 15000 Kota Bharu Kelantan
Pusat bandar Kota Bharu
09-7446888
5
The One Station Hotel  ( Hotel Budget)
PT 398, (Tesco) Sek 17,15050 Kota Bharu, Kelantan
TESCO
6
Ridel Hotel
Lot A-05-01 Blok A, Jalan Post Office Lama, Sek 9, Kota Bharu, Kelantan
Berhampiran Masjid Muhammadi Bandar Kota Bharu
09-7477000
7
Khalifah Suite & Appartment
Sek.7, Jalan Sultanah Zainab. 15000 Kota Bharu, Kelantan
Depan Masjid Muhammadi
09-09-7477677
8
Ayleesya Inn  ( Hotel Budget)
PT 341, Jalan Sri Cemerlang, Kg Dusun Raja, Sek 27, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Bandar Kota bharu, 7 km ke Husm, 3 Km ke Renaissence Hotel
09- 7431110 /
09-7432220
9
Grand Riverview Hotel
Jalan Post Office Lama. 15000 Kota Bharu, Kelantan
Berhampiran Masjid Muhammadi
09-7439988
10
Habib Hotel Sdn Bhd
Lot 1159-1162, Sek. 11, Jalan Maju, 50000 Kota Bharu Kelantan
Bandar Kota Bharu, 7 Km ke Husm, 3 Km Ke Renaisseence Hotel
09-7474788
11
Flora Place
202, Jalan Kebun Sultan 15350 Kota Bharu, Kelantan
Pusat bandar Kota Bharu
09-7477888

12

Ansar Hotel

123 Jalan Maju, Kota Bharu , Kelantan.

 Pusat bandar Kota Bharu 0
09- 7474000
13
Crown Garden Hotel
230, Jalan kebun Sultan,
15350 Kota Bharu, Kelantan
Belakang Public Bank
14
Kelantan Trade Centre
Lot 644, Sek 14, 15200 Kota Bahru, Kelantan
Depan stadium
0139683775

Maklumat Terkini PSKM-18 (Kelantan)

Akan ada perubahan dari segi jadual, penginapan, kos perjalanan.

Pentadbir akan cuba mengemaskini maklumat terkini dari masa kesemasa.

tunggu.......

Friday 18 May 2012

Mesyuarat Sukan 18 Mei 2012

Ahli Jawatankuasa sedang bermesyuarat. Semoga mendapat kata putus dan penyelesaian yang terbaik untuk ahli.


Serius tapi santai. Orang kuat kskkm.

Tuesday 15 May 2012

AJK Tuan Rumah PSKM-18 - Kelantan

      
PERKARA
KETUA
PENOLONG KETUA
PENDAFTARAN
PUAN RAFIZAH
   PUAN BAZILAH
PENGINAPAN & PENGANGKUTAN
 TUAN HAJI ROSDI
   ENCIK SHEKRI
   ENCIK IEZUDIN
KERAIAN
TUAN HAJI NIK MOHD AMIN
   PUAN CHE SOM
PUBLISITI
 ENCIK MIOR ALZRI
   ENCIK ZAIRUL
PERALATAN
ENCIK BAHRI
   ENCIK AKMARIZAL
SUKAN

Futsal
Bola Jaring
Bola Tampar

Bowling
Ping Pong
Badminton
Memancing
Dart & Karom
Tenis
Takraw
ENCK BAHRI

En. Bahri
Pn. Faridah
L – En. Fouzee
P – Cik Aida
En. Mazlan
En. Alias
En. Halim
En. Iezudin
En. Nazaki
En. Juhari
En. Mohamad
   ENCIK MOHAMAD
   TUAN HAJI ROSDI
PERASMIAN
   ENCIK ZAIRUL
   ENCIK FAISAL
   ENCIK JUHARI
MAJLIS PENUTUP
   ENCIK NASRUDDIN
   ENCIK HISHAM
SUKANEKA
   ENCIK MOHAMAD
   TUAN HAJI ROSDI
KESELAMATAN
ENCIK NIK ABD RAHMAN
KEBERSIHAN
   ENCIK NIK ABD AZIZ

LAWATAN
   CIK AIDA
   ENCIK  FOUZEE
HADIAH
   PUAN. CHE YAM
   PUAN NORIDAH
   PUAN CHE LIMOH
   CIK SHAKIRAH
TEKNIKAL
   ENCIK HAFIZUL
   ENCIK AZMI LATEH
KECERIAAN
   ENCIK KAMARUDIN
   CIK NIK SITI DALILA