Thursday 24 May 2012

Ucapan Aluan Presiden KSKKM-Induk


UCAPAN PRESIDEN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA (KSKKM-INDUK)

Oleh: Encik Zahir bin Ahmad

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan  Salam Satu Malaysia

Buat julung kalinya, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) akan menganjurkan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-18 yang akan diadakan di Kelantan pada 1, 2, dan 3 Jun 2012.

Tujuan penganjuran PSKM-18 ini adalah untuk mengeratkan  hubungan  silatulrahim dan mewujudkan semangat kerjasama di kalangan anggota kerja baru dan lama samada di peringkat Ibu Pejabat mahupun peringkat Cawangan Negeri-negeri.     PSKM-18 ini juga diharap dapat memupuk sikap supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.

Dengan ini saya menyeru kepada semua ahli KSKKM samada di Ibu Pejabat, IKN, Cawangan Negeri-negeri serta mengalu-alukan Syarikat Pemasaran Karyaneka dan Kraf Holdings Sdn. Bhd. serta keluarga untuk beramai-ramai menyertai Pesta Sukan Kraftangan Malaysia bagi kali ke-18 ini.  Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan lagi pesta sukan yang akan diadakan.

Sekian, terima kasih.

“BADAN SIHAT, SILATULRAHIM ERAT”

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.