Tuesday 24 July 2012

Hadiah Perkahwinan Ahli KSKKM

Sukacita dimaklumkan kepada seluruh ahli Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM), Kelab akan memberikan Hadiah Perkahwinan kepada anggotakerja yang melangsungkan perkahwinan bermula pada Januari 2012. Bagi anggotakerja yang berkahwin dalam tempoh ini dan belum mendapat hadiah perkahwinan adalah layak untuk menerimanya dan perlu memaklumkan kepada wakil kelab cawangan masing-masing.

Dimohon kerjasama wakil daripada setiap KSKKM-Cawangan untuk mengumpulkan maklumat mereka seperti berikut:

i. Nama Anggotakerja
ii. Jawatan
iii. Bahagian/Cawangan
iv. Nama Pasangan Yang Dikahwini.

Sila hantarkan maklumat yang dikumpulkan tersebut kepada Setiausaha Kelab, Encik Razak bin Romlan melalui e-mel (razak@kraftangan.gov.my). Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amatlah dihargai.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.