Thursday 14 June 2012

Ucapan Penghargaan Presiden KSKKM



UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH OLEH PRESIDEN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KRAFTANGAN MALAYSIA (KSKKM-INDUK)

Oleh: Encik Zahir bin Ahmad


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera Dan  Salam Satu Malaysia.

Kemeriahan Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke 18 di Kelantan masih lagi terasa walaupun ia telah berlalu pada 3 Jun 2012 yang lepas. Dengan penuh rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Kraftangan,  AJK Induk, Urusetia dan Tuan Rumah, semua peserta dan ahli keluarga yang terlibat kerana menjayakan program ini. 

Yang menang kita raikan, yang kalah diharap tidak berputus asa dan terus berusaha pada masa hadapan. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang sukan dan penerima cabutan bertuah.

Saya mewakili AJK-Induk yang lain memohon maaf sekiranya terdapat sebarang  kekurangan sepanjang majlis ini dilaksanakan. Pihak kami telah pun berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan hampir 500 orang peserta dan keluarga di negeri Kelantan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan bahawa pelantikan Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia bagi sesi 2012/2014 akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Pemilihan tersebut akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Adalah diharapkan AJK baru nanti akan lebih dinamik dan mampu membawa KSKKM ke arah yang lebih cemerlang.

InsyaAllah,

Jika ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh jumpa di Pulau Pinang nanti.

Sekian, terima kasih.

“BADAN SIHAT, SILATURAHIM ERAT”

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.