Thursday 13 March 2014

UCAPAN ALUAN SEMPENA PESTA SUKAN KSKKM KALI KE-19

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera Dan  Salam Satu Malaysia

Adalah dimaklumkan, Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM) akan menganjurkan Pesta Sukan KSKKM  ke-19  pada 11, 12, dan 13 April 2014 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan ,Ayer Keroh, Melaka.

Tujuan penganjuran sukan ini diharap akan dapat mengeratkan  lagi hubungan  silatulrahim dan mewujudkan semangat kerjasama di kalangan anggota kerja baru dan lama samada di peringkat Ibu Pejabat mahupun peringkat Cawangan.  Di samping ituianya juga  diharap dapat memupuk sikap supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.

Dengan ini saya menyeru kepada semua ahli KSKKM samada di Ibu Pejabat, IKN, Cawangan serta mengalu-alukan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd dan Kraf Holdings Sdn. Bhd. serta keluarga untuk beramai-ramai menyertai Pesta Sukan KSKKM kali ke-19 ini.  Semoga dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan lagi pesta sukan yang akan diadakan.

“BERSAMA KITA MERIAHKAN PESTA SUKAN KALI INI”

“BADAN SIHAT, SILATULRAHIM ERAT”


Sekian, terima kasih.



Zahir bin Ahmad
Presiden

Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.