Monday, 16 June 2014

Peraturan Penginapan

1. Pihak Kelab telah menyusun penginapan peserta PSKM19. Peserta perlulah mengikut susunan yang diberikan. 

2. Pihak Kelab tidak akan melayan sebarang permohonan pertukaran antara peserta. Sekiranya peserta masih mahu berbuat demikian secara suka sama suka antara peserta, sila pastikan tindakan anda tidak menyusahkan pihak lain.

3. Kelab akan menyediakan bungkusan sarapan pagi kepada peserta yang berdaftar sahaja. Peserta perlu mengambil sarapan tersebut di Kaunter Pengagihan di Tangjong Bidara Beach Resort.

4. Adalah menjadi tanggungjawab dan amanah peserta untuk tidak mengambil makanan melebihi dari penyertaan yang didaftarkan bagi mengelakkan makanan tidak mencukupi untuk perserta lain.

5. Peserta tidak boleh membawa orang lain ke dalam bilik yang dikongsi bagi mengelakkan ketidak selesaan kepada teman bilik yang lain.

6. Memandangkan peserta membawa nama Jabatan ke Melaka, peserta perlulah menjaga tatasusila dan akhlak sepanjang  berada di PSKM19. Membawa  Makanan/Minuman terlarang dan maksiat adalah dilarang sama sekali. 

7. Peserta perlulah menjaga harta benda sendiri dan menggunakan kemudahan hotel dengan cermat. Sebarang caj yang dikenakan kerana kecuaian peserta adalah tanggungan peserta sendiri. 

Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi;

Penginapan Lelaki
--------------------
1. Razak bin Romlan 
2. Sahazubir Idris 

Penginapan Wanita
--------------------
1. Hadiana Haludin  
2. Hamisah Lot Anuar  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.