Tips Makan Angin

SEMENANJUNG

Kalau nak makan angin ke semenanjung nak pergi mana ye?
Kos berpatutan, one stop center, banyak aktiviti, tapi tak mahu lasak sangat.

MELAKA pun best jugak!

Ayer Keroh Melaka adalah satu tempat yang banyak menawarkan pelbagai tempat yang boleh dilawati dan menarik. Semuanya di satu kawasan yang sama dan berdekatan seperti:
- Taman Tema Air Wonderland
- Taman Botanikal
- Zoo Melaka (night zoo)
- Taman Buaya
- Taman Mini Malaysia
- Perkampungan Buku
- Planeterium Melaka

Penginapan?
Banyak hotel yang murah dan berpatutan yang penting selesa seperti:
-Ayer Keroh Resort
-Kings Hotel
-Pusat Belia Ayer Keroh
-Hotel Seri Malaysia
-Dan banyak lagi.....

Nak Melawat lagi?
Pusat Bandar Melaka tak jauh. Lebih kurang 10km sahaja daripada Ayer Keroh. Di bandar Melaka terdapat pelbagai tempat yang menarik seperti Dataran Pahlawan Melaka. Tempat bersejarah lain yang sesuai dilawati, Muzium Melaka, makam Hang Tuah, makam Hang Jebat dan banyak lagi.

Tempat makan?
Banyak di sekitar ayer keroh. Tak perlu risau. Cuba rasa daging masak asam pedas di Medan Selera Ayer Keroh. Pergh! pasti terangkat punya.

Buah Tangan?
Selain kraftangan, yang menjadi pilihan, makanannya, seperti belacan, cencalok, gula melaka, kopi, dodol dan banyak lagi. Semuanya ada dijual berhampiran dengan Zoo Melaka dan Taman Tema Air Wonderland.

Rakan-rakan lain yang mempunyai pengalaman makan angin untuk dikongsi bersama rankan-rakan anda, bolehlah berkongsinya di ruangan ini. Pentadbir akan memasukkan cerita anda untuk tatapan semua. Sila hantarkan ke diana@kraftangan.gov.my. Semoga kita semua dapat memanfaatkan rekreasi kita dengan lebih berkualiti dan berharga.