Wednesday 14 May 2014

Penerangan Mengenai Tarikh Bertolak dan Pulang PSKM19

Dimaklumkan kepada semua peserta yang menyertai PSKM19 di Tanjung Bidara, Melaka, Sila ambil perhatian perkara berikut:

- Tarikh Check In Hotel : 19 Jun 2014 (Khamis) 
  Masa Check In : 2.00ptg

- Tarikh Check Out Hotel : 22 Jun 2014 (Ahad)
  Masa Check Out: 12.00tghr.

- Tarikh bas bertolak daripada Ibu Pejabat ke Melaka: 19 Jun 2014. Masa: 9.00pagi


**Sila sentiasa semak makluman terkini di blog Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia untuk sebarang perubahan atau pindaan.

Wednesday 7 May 2014

PESTA SUKAN KRAFTANGAN MALAYSIA KE-19 , TANJUNG BIDARA, MELAKA

Y. Hormat Dato’/Tuan/Puan

Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia (KSKKM Induk) dengan sukacitanya mengalu-alukan seluruh warga Kraftangan dan keluarga untuk turut serta dalam program Pesta Sukan Kraftangan Malaysia ke-19 (PSKM-19)  yang akan tiba buat julung kalinya bagi tahun 2014.  

Disamping bersukan, pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk ahli kelab dan keluarga. Maklumat dan aktiviti yang dijalankan adalah seperti jadual yang disertakan. Berikut adalah tarikh dan lokasi pelaksanaan program:

                        Tarikh :           20 – 22 Jun 2014 (Jumaat – Ahad)
                        Lokasi  :           Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka.

Sekian, semoga Pesta Sukan Kraftangan Malaysia Ke-19 ini akan menjadi lebih menarik dengan kehadiran kakitangan dan YH Dato’/ Tuan / Puan.

Sekian, terima kasih.

“BADAN SIHAT, SILATURAHIM ERAT”


ZAHIR BIN AHMAD

PRESIDEN, KSSKM INDUK


MAKLUMAT AKTIVITI
PESTA SUKAN KRAFTANGAN MALAYSIA KE 19

Tarikh
20 – 22 Jun 2014 (Jumaat – Ahad)

Lokasi Penginapan
Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka

Penyertaan
Ahli Kelab dan Keluarga

Bayaran Penyertaan
RM150.00 seorang 
Kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah Percuma

Penginapan
3 Malam (19-22 Jun 2014 Khamis-Ahad)
Disediakan oleh Kelab

Pengangkutan
Kelab akan menyediakan Tiga buah bas yang akan bertolak dari Ibu pejabat ke Melaka (Pergi Balik) sahaja.
(bertolak pergi pada 19 Jun 2014, Khamis.
Bertolak pulang pada 22 Jun 2014, Ahad)

Sila isi borang penyertaan dan isi bahagian pengangkutan bas yang disediakan. Hanya peserta terawal menghantar borang sahaja berpeluang menaiki bas ini.


Makan Minum
Tanggungan Peserta

Kaedah bayaran
MELALUI PEMOTONGAN GAJI

Gaji akan dipotong sebanyak RM25/seorang selama 6 bulan mulai bulan Mei 2014.

(cth : jika penyertaan ahli dan keluarga seramai 3 orang, potongan yang akan dikenakan  
RM25X3 orang = RM75 sebulan)

(sila isi borang penyertaan seperti di lampiran untuk pihak akaun menyelaraskan jumlah potongan gaji)



Jenis sukan yang dipertandingkan
a.                     Sukan Asas
Acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
·                     Dart
·                     Ping Pong
·                     Karrom
·                     Dam Aji
·                     Badminton

b.                     Sukaneka
Antara sukaneka yang dicadangkan adalah seperti berikut:
·         Kaki kayu
·         Gelek Rim
·         Boling Pantai
·         Lari dalam guni
·         Sand Castle

c.                      Sukan Air
·         Bola Tampar
·         Bola Jaring

d.                     Sukan Pantai
·         Bola Tampar
·         Futsal

e.                     Family Game

f.                       Water Rafting


Lain-Lain Aktiviti
a.                     Cabutan bertuah.
b.                     Lawatan ke tempat-tempat menarik (sila ke blog rasmi KSKKM http://kskkm-induk.blogspot.com  untuk undi tempat yang akan di lawati)


Sila dapatkan borang penyertaan di e-mel yang diedarkan pada wargakraf. Pihak KSKKM-Cawangan diminta untuk menyelaraskan dan mengumpulkan borang penyertaan kemudian dihantarkan kepada razak@kraftangan.gov.my sebelum 14.5.2014. Ini bagi mengelakkan keciciran dan pengurusan akan lebih teratur.